Showing posts with label Friendships. Show all posts
Showing posts with label Friendships. Show all posts

Friday, December 30, 2011

2011 in Review

Sekejap je rasenye 2011 ni. Its gonna be ending soon (or it has ended if you are reading this on the 1st January 2012 and beyond).  In my personal views and experience throughout this whole year, macam2 la perkara and peristiwa yang sangat penting yang dah berlaku to me.  So, in this simple post, I just want to highlight the few interesting events/things/occurences that I had experienced throughout this year.


#1: Ended Part 6 of Diploma in Building

oh my god! I never expected that I could finish that diploma. Knowing that I had never ever have anyyy soul in that course, it's a bit of an accomplishment to me la. And paling best bile dpt buat Building Symposium, Building Exhibition and also the ever brutal Final Project. Tak sangka all of that events that I have dreaded before entering part 6, aku dah accomplish and done very well.

BDex: 2nd place for 'Best Exhibition Booth'

Our little green booth

Building Symposium: Jadi emcee for that event and also I had won 'Best Presenter' for Building Science and Material Segment

Emcee-ing
Final Project: Tamat dengan jayanya!


#2: Choosing Future

Aha yes! 2011 ni jugak aku gelarkan as the year that I changed my future. Wah sampai macam tu digelarnye ha. Yeah because tahun ni la yang meminta kami untuk mengisi borang sambung belajar to degree level, and I have made my choice into choosing NOT to pursue building anymore. And so, I had chosen Advertising as my new playground.  At first, mase tgh isi borang tu, nervousness melanda because I had been in the crossroads between Advertising and also Culinary Arts. Tapi aku redha je and isi je la. Whatever happens, happens.

And then I got for the interview for Mass Comm! Yay me! (tapi nervous gilee at the same time because I had never ever pegi interview yg akademik ni).  So, aku pegi je and alhamdulillah it went well, and alhamdulillah lagi.... SAYA DITERIMA UNTUK MENJADI MASSCOMMER!


#3: Anugerah Naib Canselor dan Konvekesyen

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah aku tamat Diploma in Building with the Vice Chancellor Awards.  Walaupun takde la hadiah wang tunai or kereta sebijik ke sebab aku dpt award tu tapiiii, Allah sahaja lah yg tahu betapa peritnye nak dpt gelaran tu. I felt beyond elated bile tgk exam result part 6 tu. Woohoo! Selimpang pink baby! Then it was convocation time, mmg sgt best and rase sgt sebak to be in UiTM Perak again for that prestigious ceremony. Jumpe balik kawan2 lama and my parents attended the ceremony, mmg rase sgt bermakna la.

Menyanyah 

With familia

posing Miss World ckit


#4: Mass Commer

Tahun ni jugak melihatkan aku berada di fakulti baru, kampus baru, rumah sewa baru, environment baru, kawan2 baru. Yes! Welcome to UiTM Shah Alam. Dapat jugak aku merasa belajar benda yang aku memang minat! (desperate mode: on). 

Tgh buat sifir sotong amende ntah. Senior suruh buat. Sporting je la kan

Ni mase program pemantapan wawasan. Our group 'Casa Grande'. Me as the team leader

#5: Beraya

This seems a lil bit sad, tapi tahun ni la first time my bestfriends beraya kt rumah aku! hahaha. Agak sedih ye di situ.  Tahun ni baru la mereka dpt beraya rumah saya. Salah satu kenangan bagus tahun ini.

Shakirin's house

At my house. Camwhoring in my front of my parents

#6: Kisah sebenar 'S'

This year aku boleh kate, all truth came out and penjelasan yang sebenar telah dibuat.  Ini tentang kehidupan 'S'.  S ni kawan saya sejak sekolah la, dia ni ok je mahakarya agung smua, tapi satu je kami tak puas hati pasal dia ni is that bile mane kami melepak bersama, dia mesti je ade hal la, nak kene balik awal la, mak suruh balik la, and sometimes dia cancel last minute.  So disitu kami agak frust dan marah sehingga kami attack dia mcm2 dgn pelbagai andaian. But, bile saya bertemu sendiri dgn maknye, and baru la aku tau kehidupan dia yg sebenar mcm mane and baru la aku faham kenapa dia kene balik awal bagai.  So, ini dikira sebagai peristiwa penting jugak la bagi aku because if la aku tak bertemu sendiri dgn his mom, mmg aku akan terus buat andaian mcm2 la sampailah skarang ni.


#7: Gadgety

Yeahhha! Tahun ni jugak menyaksikan aku memegang dua gadjet baru dlm hidup. Dua benda ni mmg aku idamkan dah sekian lama. Syukur aku dah dpt dah dua2 ni. Thanks a lot to my mom and dad.

Galaxy Ace

Nikon D3100
Banyak sebenarnye kenangan dalam tahun ni, tahun ni menyaksikan pelbagai peristiwa yang menarik, sedih, and unexpected. We had witnessed revolutions beginning in many parts of the world, death of prominent world leaders, natural disasters menacing, and a whole lot more. 2011 is worth remembering. 




See you next year

xoxo







Sunday, July 3, 2011

Interview With AZ

Hai selamat sejahtera, saya Maria Bosanova dari Propa TV News akan menemubual seorang budak building dan juga pelajar UiTM Perak yang telah pun menamatkan pengajiannya. Saya akan menyingkap kisah suka duka perjalanannya untuk bergelar America's Next Top Model ...(bunyi rekod pecah)... eh silap. Itu cerita minggu depan.


2 Julai 2011
1.00 pm
Rumah Ammar Zahrol

Maria Bosanova (MB): Hello hai Ammar, terima kasih la kerana sudi meluangkan masa bersama Propa TV hari ni.

Ammar Zahrol (AZ): Ye sama-sama. Saya pun takde kerja nak buat hari ni. So, ok la jugak layan wartawan gila macam awak ni.

MB: Kelassssss gitu tau (<-----konon trademark). Hmm ok first skali kan, saye nak tanye la kan, ape perasaan awak bile first time sampai UiTM Perak tu?

AZ: First time sampai UiTM Perak... mmg takde rase ape sbenarnye. Ok la, a bit nervous and anxious actually knowing that I have no experience at all living in hostels...

Gambar pertama di UiTM Perak. Pintu gate UiTM Perak...
MB: Urmm Ammar, ini Propa TV.. saluran bahasa melayu, bukan MTV ye. So... boleh tak berbahasa melayu? Ke, awak nak translator? (Tangan ke dada, mata ke atas)

AZ: Ow, kena bahasa melayu eh? ok fine takpe. Mcm saye ckp tadi, saya agak gementar dan takut sikit la kan sebab saya tak biasa dengan keadaan duduk asrama. Tak tau nak expect ape kan. So, nak tak nak, redah jer la. Masa part 1 dulu saye dpt kolej Teratai. Tangga punye la tinggi. Sempuut naik tangga. Masuk bilik saya T1303, jumpe ngan roommates. Sorg budak Architecture and sorg budak CS. ada lagi sorg sbenarnye tp dia quit halfway through MMS. Bahasa Inggeris sikit2 bleh kan?

Pintu bilik
MB: Hmm... ye la. Bleh la BI. Tapi sikit2 jerrr... Kelassss gitu tau. Anyway, so awak ada ckp pasal MMS. Ape benda MMS tu?

AZ: Oww MMS, Minggu Mesra Siswa. dulu ktorg panggil MMS. Skarang dah tukar MDS. MMS ni minggu orientasi for Part 1. Omg let me tell you, inilah minggu yg paling saye benci dalam hidup saya selama 6 semester kat situ. Mmg torture ok. Bangun pagi2 seawal 4 o'clock then pg kumpul kt bawah kolej, sape lambat kena denda yg sgt kejam. Then berjalan pegi Pusat Islam for Subuh prayers. Then kuliah subuh, then pegi dewan makan for breakfast, lunch, dinner (makanan mcm makanan penjara), then pegi dewan kuliah dgr ceramah bosan for like many times. Then habis ceramah mcm pukul 11 lebih. Balik kolej kena lecture and tengking lagi wth the OC's. Tidur dlm kul 12 or 1 cmtu, then the cycle goes on. OC plak time MMS tu mmg budget commander. Tengking2 smua suruh jalan cepat, makan cepat, mandi cepat, smua lah nak cepat!

MB: Biasa jerpp....

AZ: Ha! Kau cube la lalui minggu neraka tu!

MB: Choooiiii.. tak nak la kite.

AZ: Tau takpe....

MB: Ha ok2. Next question. You study Diploma in Building ye? Seronok ke nok? Eh..ter-nok pulak... sorry.

AZ: Tak dapat dinafikan la mmg saye tak tau ape benda itu diploma in building. Dan saya memang tak minat, to say the least. So first semester tu mmg ada rase mcm nak tukar course. Tapi I just fikir takpe, lalui je part 1 then tukar course mase part 2.

MB: So? Tukar course la?

AZ: Tidak. Saya tak jadi tukar course. Lama kelamaan, saya dah bond dgn rakan-rakan kelas saya dan juga rakan-rakan saya di kolej. So, kalau nak tukar course tu mcm sayang la plak. Saya tak jadi tukar course sebab kawan-kawan. Benci tetap benci gak kt building ni. So, motivasi saya untuk meneruskan program ni is kawan-kawan and parents. 2 ni je yg kept me going until the grand final semester.

Stop, drop and pose!
Asap santau

Studio cat

Jangan tanye kami sedang buat ape

Calon-calon suami misali. mahu?

MB: Takkan awak benci habis-habisan dekat building ni?

AZ: Takdela saya benci sampai naik meroyan maki hamun setiap kali kelas. Saya akui, smua yg saya belajar mase diploma bangunan mmg sgt useful for me. Kalau bukan utk kerja pun, at least saya bleh guna knowledge tentang construction if saye ditakdirkan nak buat rumah ke, ada masalah dgn perpaipan rumah ke, ape2 je la yg berkait ngan bangunan. At least, I have the basics la.

And bukan itu sahaja, saya sgt bersyukur kerana menjadi pelajar diploma bangunan ni sebab ia mematangkan diri saya and it prepares me for my future. Dalam konteks ni is saya belajar utk membuat satu tesis report, belajar utk memberanikan diri utk pembentangan di khalayak ramai, and also, membuat satu email formal! hahaha. Kalau tak kerana Puan Azira, saya takdenye nak tau pasal email formal ni.

MB: Oww mcm tu. Ok so, kite bercerita tentang kehidupan kolej awak pulak. Boleh ceritakan serba sedikit tentang kehidupan kolej awak?

AZ: Kehidupan di kolej... sangat best sebab di kolej kediaman la saya buat benda yg bukan2. hahaha. Saya dari part 1 hingga part 6 mmg dulu kolej. Alhamdulillah. 1st and 2nd semester di Teratai, and from 3rd to 6th semester saya di Bidara. Mmg best because we got to mix with guys from different courses and bertukar-tukar cerita pasal course masing2 and bergurau senda mcm tak ingat dunia. That was great la. Saya sound terlalu formal ke?

MB: Agakla.... agak boring disitu..(menguap). Ok la, kite ke soalan seterusnya, ape kenangan yg terindah selama awak menuntut di UiTM Perak.

AZ: Kenangan terindah mmg tersangatlah banyak..

MB: Bagi satu dua sudah... Kenangan yang awak paling suka la senang cerita. (Tangan ke dada, mata ke atas)

AZ: You are getting pretty annoying.. ok, anyway.. hmm.. ok la saye bahagi dua la. Kenangan bersama builders and kenangan bersama rakan2 rapat. Ok kenangan dengan building department is of course PGL. Memang I will never ever forget that. Walaupun berlaku kontroversi yang hangat... tapi still saya sgt2 bangga dgn smua pelakon dlm PGL. Kay, Tasriq, Shima, Azri, Iman, Che Naimah, Naimah, Ija, Ain, Meen, Yunie, Nua and of course Bego, you guys did awesome job. Selain daripada PGL, I suka mase batch kitorg handled the Builders Nite bertemakan Arabian Nite. A great night that was. Other than that, kenangan jugak is mase Builders Symposium 2011 where I was the emcee along with Nad, saye minta smua hadirin duduk walhal lagu UiTM Di Hatiku belum dinyanyikan. pergh! Malu gile time tu! hahaha. and of course being an emcee for the Emeritus Professor Norman Fisher talk was also an honour.

PGL berkipas

Semangat koir

PGL ngan dayang-dayang

MC-ing
Then, kenangan with kawan-kawan lain plak pun best and very gila. Mostly smua berlaku kt kolej. Kalau tension je, DRAG! hahahha. Then I masih ingat yg kami tolong kwn2 fashion kami to siapkan their costumes mase Part 3. That was truly a memorable moment. And then of course, the infamous 'Hey hey hey.. Nasi Lemak!' hahaha. Tolong my friend Fadh jual2 nasi lemak. That was really funny. Adam Lambert jual nasi lemak. Bayangkan. hahaha. Then of course the 'Lacurans' session di depan pintu bilik setiap malam. And sesi 'curhat' yg membawa pergaduhan and also tangisan. Those were really bitchy moments. And the infamous 'Abg Chicken Chop'. hahaha. gile la kami.

Buat costume sampai ke courtyard ye

Adam Lambert menyiapkan costumenye

Kami kawan baik

Kami comel

Photoshoot emon

Zaman muda trang tang tang

Kempen Jelirkan Lidah Anda

With the Fashionistas.. (Gambar dipetik dari fb Syafira Ilias)

MB: Habis dah? ke ada lagi?

AZ: Aku yg patut tanye tu kat kau

MB: Kelassss gitu tau. Anyway, so lepas ni, ape je?

AZ: Alhamdulillah, I got into Mass Communication majoring in advertising utk degree, which is in UiTM Shah Alam la plak lepas ni. New course, new faculty, new campus.

Langkah seterusnya


MB: What do u hope for your degree? Chewah speaking London la plak I ni. hahahaha!

AZ: .................

MB: Ok, teruskan..

AZ: Ape yg I harap is I can carry the new course and score good grades cuz its a challenge for me also sebab yela kan, dah tukar course, you've got to learn new things and understand it in a short time but I tak kisah sebab I minat bidang ni and Im determined to do the best.

MB: Oklah, sebelum kite menutup tirai perbualan ni. Any last words?

AZ: Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yg terlibat secara langsung or tidak langsung dgn saye jikalau saye ada terkasar bahasa dan membuatkan mereka tidak puas hati. Saya mengaku saya manusia yg tidak perfect dan ada je membuat kesalahan, especially to the lecturers. Sebab saye selalu suke kutuk and mengajuk lecturer. And of course to my Perak friends, thank you for making my stay in Perak for 3 years worthy for me. You guys are the heart and soul. Do your degree well, and always support each other, not condemning each other. Teruskan cita-cita korg, and saye harap korg tidak akan melupakan saya...

MB: Ok, terima kasih lah Ammar ye kerana bersama Propa TV yg sangat propa ni. Sebenarnye, mana ada Propa TV pun. Saye saje je bosan2 tak tau nak buat pe kt rumah..so saya dtg je la konon menemubual awak ni. hahahahaha! Okay, kite kembali ke Sri Pentas.

AZ: ....................weirdo


xoxo


















Monday, June 27, 2011

Result dan Kehidupan

"Oh no, my result sux.... im so not gonna be successful"

"Result aku teruk.... aku malu sgt ngan korg. Aku tak sepandai korg"

"Im gonna kill myself before my mom kills me when she sees my results"


Results.... how it affects lives. perghh.. menakutkan. 

Hai everybody!

krik..krik..krik...

ok takpe. This post is actually inspired by my friend. My high school junior to be exact. How he struggles to go through life when his SPM results are not so classy as others. Rejected by universities and it led him to cursing the government and being in a low self esteem position. Ni smua berpunca daripada.... result. Result exam to be exact.

My observation has seen (observation has seen? ape punye grammar ni?), ok rephrase. Through my observation, the sistem pendidikan in Malaysia is still exam oriented thus leading towards this 'result enigma' (enigma tu ape? aku main taram je letak) where the ones with tons of A's are considerably the ones to be successful and the least A's are considered not going to be successful and ending up keje in McD as a service crew for the rest of their lives. This scene has led to teenagers being pressured by their parents and teachers. 



"You must get all A's! or else, siap la kau!"

Im not saying for all student to fail miserably in their exams cuz to me result bagus mmg sgt penting lagi-lagi keadaan skarang ni where employers nak cari pekerja result gempak-gempak je. TETAPI.... good results alone dont cut it. Tak cukup. Not enough. No es suficiente. Non basta. (ok ok. we get it. not enough. tak perlu la google translate 'not enough' ke byk bahasa)

Ok imagine, u dapat banyak gile A ni. CGPA plak 3.99 or 4 flat (perghhhh). then u apply for interview, dpt interview, dpt kerja. ok fine. then when the time boss bagi u kerja...... u have no idea what to do. Why u ask?? well one thing is, U STUDY FOR EXAM. It is important when u study, u study for life, bukan sekadar untuk lulus exam and good grades je. U will be astounded when u figured out u can use everything that you've learnt in ur daily life. 

Seterusnya, apa lah gunanya CGPA tinggi tetapi u cant even communicate properly with ur co-workers/sub ordinates/ boss/ macai/ kuli. Communication is a realllly important thing because base on your communication skills org boleh label kau sebagai org jenis ape. Lagi teruk if you are anti-social. Colleague ajak makan pun u tak mau. Ajak sembang, langsung tak tau nak fit in. Kalau u in a marketing field, lagi la parah hidup u. U jd org yg membosankan and will die forever alone...

forever alone...... kesian

Result sbenarnye tak menentukan sepenuhnya jalan hidup you. Yang penting kt sini is usaha you untuk make yourself useful for the country. Ok, so you dapat result yg tak berapa bagus, cgpa pula tak berapa memuaskan. tidak mengapa. its not the end of the world till God says so. it aint over till the fat lady sings. U dah dpt result, and dah. thats it. move forward. jgn dikenang lagi. Go out there and explore oppurtunities.  Kekadang, u takkan dpt pun kerja yg selari dgn ur degree/diploma. Kekadang u akan dpt kerja yg selari with ur skills. Ok u have a degree in accountancy, but mungkin u akan dpt kerja in graphic design cuz u terer gile in Photoshop, Illustrator, In Design and ape kejadah tu. Maybe u have degree in construction, tp u dpt keje in public relations cuz u have the skill to connect with people. That leads to my next point, SOFT SKILLS.

Soft skill ni memang penting doh. Cuz to me, ur soft skill akan reflect who you are as a person. Mcm2 skill la that u can acquire throughout ur lifetime, lagi2 mase belajar. Masa belajar la u can learn sooooo many things. And through my experience, I byk belajar through participation in activities and also through mingling with friends. Friends pun sumber utama gak tau utk u belajar mcm2 benda. so, bile kt universiti tu, jgn la berkawan with one type of people je. Berkawan je dgn mcm2 jenis org. From there, u can see how diverse people really are. Sambil u berkawan tu, kutip2 la knowledge drpd diorg. Ada yg pandai masak, pandai berlakon, pandai berkata-kata, pandai photoshop, pandai maths, pandai buat baju, pandai organize, pandai tipu (hey, ni satu skill jugak tau), pandai drift, and mcm2 pandai lagi la. When u acquire these knowledge from them, secara tak langsung ur resume pun akan jadi lagi exciting. And employers pun akan tertarik with u cuz u know so many things. 

And lastly, benda yg paaaaaaling penting is EFFORT dan KEREDHAAN DARI ILLAHI. Kalau u asyik berdoa je tapi takde usaha, pun tak bleh gak..and if u usaha gile2 sampai kaya bebenor tetapi tak pernah ingat kepada Yang Maha Esa pun, tak bleh gak. so both of these elements go hand in hand. Most successful businessmen bukannye ada SPM pun, and ada gak cgpa yg rendah2, tetapi they dont care about that, they put in the effort to achieve their dreams, and most of them succeed tremendously. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kite jgn nak mengharap kat org je untuk bagi kite peluang, kite sendiri yang kena cari peluang tu. 

So, di sini saya nak menyatakan, yes of course your parents are going to be a lil bit disappointed when u get bad/ unsatisfactory results, sbb u dah membazirkan duit mereka yg menghantar u pegi study mahal2 and everything, tapi its fate u nak dpt result cmtu, so its ur time to make it up to them by living ur lifelong dreams and turn it into something useful that can make u and ur family live a happy life. Just go seek the oppurtunity. Peluang ada di mana-mana. Insyaallah. 

So to sum up, 

Good result + Soft skills + Effort + Keredhaan Illahi = Awesomeness

Good result + Soft skills + Effort - Keredhaan Illahi = Hell 

Bad result - Soft skills - Effort + Doa = Papa Kedana

Bad result - Soft skills - Effort - Doa = Mayat Hidup

Bad result + Soft skills + Effort + Doa = Awesomeness


xoxo






Monday, May 30, 2011

Rentetan Pelajar Part 6

saje nak kongsi ngan korang the montage that we've made for our department dinner last semester.. hehe



Wednesday, December 1, 2010

Le Sazu Photography

Sazu Photography???

Apakah itukan?

hehehe. Sazu Photography ni milik kawan baik saya, merangkap BFF sayalah iaitu Sazwan Sopi, itu nama kampung dia, kalau nama bandaq dia is Syazwan Saufi, kalau nama ikut IC dia is Syazwan Bin Saufi, kalau nama lorong haji taib dia is.. ehem.. biarlah rahsia~ hahaha. hey hey. sudah sudah mengarut.

Sazu Photography is his photo editing album (bakal company..ye bakal) yg dimana dia ambik gambar2 olang and dia edit bagi cantik wo! ho liao wey! hahaha. and the product, is really really good. mau tgk ka some of them? ok2. 


Some of Sazu Photography's works:

Model: Syazana Saufi (kakak dia sendiri)


Model: Nana Yana Zuliana -nama ikut facebook- (Mak Su dia)


Model: Hidayati Nazirah Abdul Rashid (Kawan Dia)


Model: Zafirah Saufi (Kakak dia gak)


Model: Mak Su dia lagi


Model: Kakak dia lagi (one of my favourites)


Model: Ni la Sazwan Sopi tu. haha


Model: ehem...ehem... none other than tuan punye blog ni la!


hehehe. cantik tak? cantik tak? hehehe. kalau uolz smue mcm berminat nak suruh kawan saye ni edit gambo2 kome smua, boleh la msg dia kt profile facebook dia ni : Syazwan Saufi . ok? hehehe

xoxo

Thursday, November 11, 2010

A Disappointment

IM DISAPPOINTED
IN BOTH OF YOU

tu je aku nak ckp..

Sunday, June 13, 2010

A Point of Failure

Alhamdulillah for me, im still with the status in the list...

But for my friends....
its their worst nightmare...
i cried and cried and cried for them..

and also my worst nitemare is coming near..
the lost of a friend..make that friends..

why does this has to happen to me and my class...


Sunday, February 14, 2010

A Tribute to a Fallen Sister..


AL FATIHAH..

11th February..

11th February...

8am - 1pm

mcm hari2 khamis yg biasa, pg class material then g uptown mkn,
lepas tu g class etr. then balik bilik. nothing new...

1.30pm

sedang aku asyik main farm mania dlm laptop, aku dikejutkan dgn lompatan hebat
roommate ku yg melompat dari katil atas dan bergegas hendak kluar bagai sudah
setengah jam lambat nak ke kelas...


pak ang(roommate saya): Mar, nanti kau klua kunci pintu eh, budak kelas aku accident.

pak ang juga pelajar diploma in building mcm saya, tp kelas lain.

saya: la, yeke? siapa yg accident?

pak ang: zamir, ciput, izzati, mek dgn abby. kereta diorg terbalik.

saya: ya allah ya tuhanku, mcm mane..


belum sempat saya menghabiskan pertanyaan, pak ang terus berlari kluar dari bilik..
saya terkesima seketika..terukkah keadaan mereka? mcm2 la saya fikir tetapi saya ingat
hanya kemalangan ringan sahaja...

2.00pm

saya dan nua bergerak utk ke kelas enviro dan saya nampak syafiqah di dlm kelas dgn muka
yg risau..

Piqa: korg tau?

Saya: aku tau. mcm mane keadaan diorg?

Piqa: Teruk jugak la, tp aku tak tau details

kemudian saya nampak iman berjalan ke kelas, dan raut wajahnya menampakkan dia sgt2 risau..
lagi2 izzati merupakan bekas roommatenye..

iman: wey, aku risau ni..takde sape ada kereta ke?

piqa: tadi nad dah g hospital dgn effy ngan cik azira

iman: la ye ke, apsal tak ckp dulu, aku pun nak pg

mata iman sudah bergenang dgn air mata. saya tak dpt menahan emosi, lalu saya pun
mula menitiskan air mata..

rakan2 kami yg lain mula memenuhi kelas dan mereka bertanyakan soalan yg sama..
'teruk ke wey diorg?' 'sape yg drive?' 'mcm mane dirog leh accident?' dan mcm2 lagi..

en salehan masuk ke kelas dan sedang berbual dlm telefon, raut wajahnya menunjukkan 
dia sudah tahu tentang kejadian ini..

en salehan: saya baru dapat call, rakan2 kamu terlibat dlm kemalangan..dan saya rasa
serba salah sebab mereka pegi site visit utk subject saya, dan terjadi pula mcm ni.
tetapi apa2 pun, kita teruskan sahaja kelas dan kita akan habis awal hari ini.

kami menjawab beberapa soalan tentang lighting calculations...dan en salehan mendapat
call seterusnya..

en salehan: adawiyah dan nabilah dilaporkan kritikal setakat ini. dan mereka masih
tak sedarkan diri..

perasaan risau kami semakin memuncak dan iman tidak dpt menahan air matanye yg mengalir keluar
tak henti.

iman: piqa, boleh tak kita tumpang cik huda ke sape2?

en salehan: saya dan en zul akan ke hospital nanti utk melawat mereka.

aisya: ha, tumpang encik je la iman..

iman: encik, boleh tak ktorg tumpang encik pg hospital?

en salehan: boleh2. tp takleh ramai2 la. kereta tu kecik je.

aisya: 3 org je encik.

en salehan: ah, ok2.

iman: korg sanggup ke temankan aku? takut korg penat ke ape.

aisya: takpe, aku ok je. 

sesudah habis kelas enviro, kami keluar kelas dan berbincang di luar..

saya: iman, kau samapi hospital nanti jgn nangis2 byk tau.

iman: ok, cuma aku risaukan diorg..

saya: we hope for the best, kay bye iman.

saya, nua, lissa, aisya, syanim dan juga yaya ke kiosk utk photostate nota dan dimension
paper. kemudian saya dan nua balik ke bilik...

sesampai je di bilik, saya trus membuka laptop dan membuka folder gambar dinner dan family
day kami semasa part 2...teringat kembali nostalgia lama...dlm fikiran saya, mcm2 benda
berlenggu di situ...saya berharap agar semua selamat dan tiada ape2 kes kritikal..

4.40pm

phone saya berbunyi, ada msg dari aisya. saya membacanya...dan tersentak. saya bangun..
berjalan keliling bilik dan duduk semula.. 3 perkataan dalam msg itu tadi menyebabkan
saya menjadi sebak dan terpinga...

  "mek dah xde"

air mata saya mengalir keluar...saya tak percaya bahawa salah seorang rakan kami dah
tiada di bumi ni...dah diseru illahi..

saya ke bilik nua dan menyampaikan berita itu..nua hanya mampu terdiam...

kemudian saya menerima msg dari nad menyatakan ada majlis tahlil utk arwah di pusat
islam selepas maghrib..saya mula menyebarkannye ke setiap part dan kelas...

saya masih tak percaya...batch kami kekurangan seorg..a sister..



Friday, January 1, 2010

The Gathering of The Unlikely...

(opening the blog door slowly)...hello? anybody there?...(walking in)...(turning on the lights)..

phewww...bebo tak sampai lagi. great. boleh la ku menulis dgn aman...

alright peeps, i have a lot to tell about last sunday's gathering and im going to tell starting...now!

ok so, woke up at 8.30am, my dad sent me to kj lrt and waited for syaz, ariff and fahmi..

waiting...waiting...sempat jugak menyanyi beberapa lagu..waiting...

and syazwan sampai. and i called ariff and fahmi to go terus to the curve and meet us there.

ok bla bla bla smua dah sampai. (malas nak cerita what happened in between cuz..entah malas la)

and we picked Thai Express as our gossip corner. haha.

its nice to see all of them especially pn su cuz its been a while sejak jumpa dia. she came with her daughter, Syafiqah which is going to be in form one already! cepatnye mereka membesar...





ok so, makanan sula sampai, makan la! then kami bercerita tentang sekolah...jeng jeng...

saya membangkitkan cerita mengenai kavi tidak mendapat sijil penghargaan utk editorial kerana menyalahkan pn su kerana tidak memberinya..

ini respon pn su: 'cikgu tak bg, sbb DIA TAK LAYAK! cikgu dlm meeting tu tanye miss mah(hotnye dia..) utk kemukakan bukti dia buat kerja...tp miss mah takleh nak buat ape, sbb takde bukti'

kami mcm....owh..wow...and..

pn su bersuara lg: 'lagipun, mohanta(cikgu editorial yg tak layak) dgn kavi upah ariff fahim(ummm....) utk buat magazine tu. rasanya dlm 100 atau 200 ringgit diorg upah'

kami lg la mcm...my goodness. apa yg berlaku ni? adakah kavi tidak layak menjadi editor???
itu persoalan yg saya rasa sudah terjawab..

kami rasa sgt marah because kavi berbuat begitu. dan dia sgt pentingkan form 6 dia tu. kata pn su, if dia masuk kelab seni, dia dah bleh dpt sijil penghargaan khas!

tetapi, apakan daya...dia sgt bongkak...huhu...

lepaih tu, kami ke cineleisure pulak, to watch a movie! sampai2 je di kaunter..

Ticket girl(reminds me of yuna): Hi welcome to cineleisure

Ammar: yes, 7 tickets for zombieland please

Ticket girl(cantik jugak dia): ok, these are the seats available

Kami: alrite...(sedang memilih tmpt duduk)

Ticket girl: oh wait, u guys are 18 and above kan?

Kami: yes!!

Ticket girl: and howbout her?...(pointing towards syafiqah)..

dang...the movie is 18PL. and she's juz 12!

Syazwan: tp kalau ada adult supervision, boleh kan?

Ticket girl: im sorry, still tak bleh cuz its the policy.

Syazwan: dang, sorok dlm bag ke?

Ticket girl: (menggelengkan kepala)...

ala....spoiler la plak....

Pn Su: takpela, u all tgk la, cikgu nanti jalan2 aound the curve and tggu korg habis.

ala....nak tggu movie ngan puan su....tp apakan daya, takleh nak buat ape2. so..

Ammar: ok lah cmtu, 5 tickets for 2.40 show

Ticket girl: alrite then.

kami ambik ticket dan belah dari counter. saya tgk org yg que(mcm mane nak spell que?) di belakang kami sudah mengeluarkan taring dan pistol dan pisau...maaf ye kerana terlalu lama..hehe sorry..

then, sempat jap bergossip dgn mama su di depan tangga(port yg paling bagus) sebelum masuk ke pawagam..

then, bye2 to mama su and hello to zombieland..





and only one word....FANTASTIC! best gile kot. and the clown kt tandas tu buat kimak je aku terkejut...sengal

then, off to jalan2 around the curve...dan pictures time!






jalan jalan jalan jalan..mcm takde hala tuju dah...and pn su decided to head home..

we sent her to her car and bid farewell...oh yeah, shakirin followed pn su..awal sgt la kau balik..

then...the rest yg tinggal singgah ke foodcourt ikea utk makan kerana syazwan kempunan utk mkn sweedish meatballs..

makan makan makan..i ordered the salmon and herbs, sedap jugak la. the meatballs are great too. kami berbual tentang kavi dan sijilnya lagi dan berkata betapa betulnya pn su, mmg kavi tak layak.

then, mcm dah pukul 7 cmtu fahmi nak ke times square plak, nak beli seluar. kami pun..ok lets go! but wait!!!

Saya: ariff, kau bleh ke kluar sampai mlm2 cmni? mak kau tak kata ape ke?

Ariff: tak, dia bg je. lagipun aku bosan la duk umah. aku benci mak aku.

Syazwan: ok....

then kami pg je la times square.. ok, stop toilet jap, nak camwhore! haha.





ok, jalan jalan jalan..then syazwan got a call from shakirin...telling that mak ariff dah risau because tak balik lg.

dang...ape la yg budak ni buat..

Ammar: ariff, kau dah btau belum mak kau?

Ariff: dah, dah btau. takpe dia tau.

Ammar: baik kau call skarang.

and so he called, telling where he is and everything. his mom sounds mad. then kami teruskan jalan jalan jalan..

then shakirin call lg, kata mak ariff risau lg...what the? bukan dia dah call ke?

tp kami buat bodoh dan teruskan jlan jalan jalan dan stop kt mcd utk beli makanan..duduk jap...gossip gossip gossip...then, ok jom balik.

on the monorail yg best ni...

Syazwan: tgk ni(sambil flash phone)

Ammar: what the? nak call police??

Fahmi: wey ariff, kau ni betul ke tak ni?

Ammar: baik kau call skarang. nah guna phone aku.

he called, then syazwan volunteered to talk to his mom..but dia taknak. dia nak ckp sendiri. dah la mcm tu, lg nak menipu mak dia. dia kata dah nak sampai lrt kj, padahal baru kt monorail kl sentral...aiyo..

then sampai kl sentral, we bid syazwan bye2 and naik lrt...fahmi turun at universiti, and tinggal kami berdua saje. that time dah pukul 10.45.

sampai2 je lrt kj, i followed him to his sister's car...

kakak: mana korg pegi ah??! korg pegi club eh?

i malas nak respond...i said bye to ariff and waited for the bus...

phew....itulah satu hari yg berlaku..mcm2 gossip. the biggest one is the kavi punye gossip.

and keesokannya, kavi asked me about the gathering and dia kata dia ngan siva tak pg sebab puan su. diorg menyampah tgk puan su...i was like, what???

then pasal sijil tu, dia kata pn su is lying...ok...i tak tau nak ckp ape, but kavi is the one who is lying...i know sgt...

alrite....i think thats about it, and..

(sound of the door creaking open)....

-guess who's back????-

Oh my god....