Thursday, December 31, 2009

Pn Hasni the Most Sporting BC Lecturer


Cik Wani on the left and Pn Hasni on the right


HAPPY BIRTHDAY PN HASNI!!!

Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
dan bertambah berseri seri..haha

she's secretive about her age..dia pernah ckp skali dlm kelas..tp i tak ingat lah..
haha

Wednesday, December 30, 2009

Tomorrow je lah..

tomorrow je lah i write about that sunday's outing
and my new year resolution..if u care...

p/s: bebo balik esok...oh god, why??!!

Friday, December 25, 2009

Degree Holders

U guys..
congrats on making to the degree..
and i wish u guys luck...
and have fun there...
and i hate u guys for leaving me...

and...
dont forget...
UiTM Perak..
the place where u guys started ur journey...

Sunday, December 20, 2009

Passporting..

ok, so, my driver's lesson instructor called me the other day and said that i have to give my photo with my photocopy ic for the L License cuz the JPJ thingy to print that photo of mine was offline....so, i was like, oh god, takkan la nak bazir duit aku to take a passport photo..urgh...

and so....i made one myself. hehe. ok, brape harga for 4 passport photo kt kedai gambar?...
if im not mistaken, about RM10 for 4 pieces kan? and nak buat into the cd RM 3...so all together RM13...isnt that membazir??

so....i bukak photoshop and let the magic happened(magic la sgt, padahal smua org dah tau buat). i camwhore gambar of myself and start to edit....bla bla bla...ok done.

then...'oh shit, glossy!'..then pg la kedai and beli glossy.

'Akak, ada jual glossy paper tak kt cni?'

'Owh, lipgloss mane la ada dik oi, pg la cari kt watson sana tu..'

'Kak, bukan LIPGLOSS...tapi GLOSSY paper..kertas yg org buat print gambar tu..'

'Owh, kertas gambar, ckp la kertas gambar..ini glossy glossy. Tu ha, kt sana tu.'

mana la aku tau, kt uitm perak panggil glossy je..so, i paid for it and left.

sampai rumah i terus bukak printer and print...habis cite..so, brapa i habis utk print gamba ni??

Glossy paper sekeping: RM2.00
Ink printer: takyah bayar..bpk aku punye
Nak jd CD: takyah susah2..dah ada dlm laptop aku dah pun..

and all together.....RM2.00 saje..hehe. walaupun takde la secantik kedai gambar tu, tp, ok la. save duit what.

ahh..the wonders of photoshop...ni gambarnye:

p/s: dont laugh! passport photos are supposed to be ugly.

btw, if u are wondering kenapa senyap sunyi kerana tiada suara sumbang yg menyumpah nyumpah..itu kerana en bebo telah pg vacation ke Israel..he'll be back by..i dont know. taknak pun dia balik. haha

Thursday, December 10, 2009

Boo Moon....


so over-rated...
*
sesuai utk org2 yg gian badan hot shaja
*
entah...takde perasaan..
*
wondering why people love it so much....hmm..



next in line:


Saturday, December 5, 2009

To take..or not to take..

PROGRAM PENERAPAN PELAJAR DIPLOMA LULUSAN SEMESTER 03 KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA.


1. Pengenalan

Program ini ditawarkan oleh Universiti Teknologi MARA kepada pelajar Diploma lulusan semester ke-3 program tertentu sahaja untuk diterapkan terus ke program Ijazah Sarjana Muda (ISM) yang berkaitan, tanpa perlu menamatkan pengajian di peringkat Diploma.
Program ini membolehkan pelajar memperolehi kelulusan Ijazah Sarjana Muda pada masa yang lebih singkat, dijangkakan sehingga 1 atau 2 semester lebih awal, berdasarkan kepada struktur program akademik yang diikuti.
Walau bagaimanapun pelajar-​pelajar adalah diperingatkan bahawa sekiranya mereka gagal dan kandas program Ijazah Sarjana Muda tersebut separuh jalan setelah menyertai program penerapan ini:

a) mereka hanya layak dipertimbangkan​ untuk anugerah Diploma asal sekiranya mereka telah menyempurnakan semua kursus tertentu yang ditetapkan dan disahkan oleh Senat Universiti, berdasarkan keperluan program dan fakulti.
b) mereka tidak layak menerima sama ada diploma atau Ijazah Sarjana Muda sekiranya tidak berjaya menyempurnakan semua kursus tersebut di atas.


2. Syarat kelayakan program penerapan

2.1 Syarat kelayakan untuk memohon program Penerapan Diploma ke Ijazah Sarjana Muda ialah seperti berikut:

a) Mendapat HPNG minimum 3.00 pada peperiksaan semester 3, dan
b) Tidak pernah gagal/​mengulang mana-mana kursus semester 1, 2 dan 3, dan
c) Tidak ada kursus pada semester 1, 2 dan 3 yang tertangguh, dan
d) Tidak pernah disabitkan tindakan tatertib
2.2 Pelawaan untuk memohon diberikan kepada pelajar diploma semester 03 berdasarkan keputusan semester 02 yang memenuhi syarat-syarat berikut:
a) Mendapat HPNG minimum 2.75 pada peperiksaan semester 2, dan
b) Tidak pernah gagal/​mengulang mana-mana kursus semester 1 dan 2, dan
c) Tidak ada kursus pada semester 1 dan 2 yang tertangguh, dan
d) Tidak pernah disabitkan tindakan tatertib

Walaubagaimanap​un,​ hanya permohonan calon yang akhirnya memenuhi Perkara 2.1 selepas keputusan peperiksaan rasmi semester 03 sahaja akan diproses.

2.3 Permohonan hendaklah dilakukan secara online melalui i-Student Portal.

2.4 Permohonan yang diterima oleh universiti adalah dikira muktamad dan tidak boleh diubah.

3. Akujanji
Semua pelajar yang mengambil keputusan untuk menerima tawaran penerapan dari Diploma semester 3 ke Ijazah Sarjana Muda dikehendaki menandatangani akujanji di bawah:
Saya mengaku bahawa:

a) Saya telah membaca dan memahami segala kelebihan yang ditawarkan menerusi program penerapan ini.
b) Saya faham akan implikasi penerimaan tawaran ini sekiranya saya kandas pengajian saya di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
c) Saya menerima tawaran ini atas pertimbangan, kerelaan dan kebijksanaan saya tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak.
d) Setelah menyertai program penerapan ke Ijazah Sarjana Muda, di pertengahan pengajian, saya tidak akan memohon untuk kembali semula mengikuti program diploma asal saya.
e) Saya dengan ini bersetuju untuk menerima tawaran ini berdasarkan terma dan syarat yang dinyatakan.


4. Pemilihan kampus dan program

Adalah dimaklumkan bahawa pemilihan program dan kampus adalah seperti yang tertera dalam seleksi sahaja dan pilihan adalah muktamad. Sebarang permohonan selain perkara tersebut tidak akan dilayan. Pertimbangan pemilihan adalah berdasarkan kekosongan program dan kampus berkenaan. Keutamaan kemudahan penginapan asrama tidak diberikan. Pelajar dikehendaki memahami penawaran ini hanya sah digunakan untuk sesi kemasukan ini sahaja. Sebarang rayuan adalah tidak dibenarkan.