Saturday, December 5, 2009

To take..or not to take..

PROGRAM PENERAPAN PELAJAR DIPLOMA LULUSAN SEMESTER 03 KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA.


1. Pengenalan

Program ini ditawarkan oleh Universiti Teknologi MARA kepada pelajar Diploma lulusan semester ke-3 program tertentu sahaja untuk diterapkan terus ke program Ijazah Sarjana Muda (ISM) yang berkaitan, tanpa perlu menamatkan pengajian di peringkat Diploma.
Program ini membolehkan pelajar memperolehi kelulusan Ijazah Sarjana Muda pada masa yang lebih singkat, dijangkakan sehingga 1 atau 2 semester lebih awal, berdasarkan kepada struktur program akademik yang diikuti.
Walau bagaimanapun pelajar-​pelajar adalah diperingatkan bahawa sekiranya mereka gagal dan kandas program Ijazah Sarjana Muda tersebut separuh jalan setelah menyertai program penerapan ini:

a) mereka hanya layak dipertimbangkan​ untuk anugerah Diploma asal sekiranya mereka telah menyempurnakan semua kursus tertentu yang ditetapkan dan disahkan oleh Senat Universiti, berdasarkan keperluan program dan fakulti.
b) mereka tidak layak menerima sama ada diploma atau Ijazah Sarjana Muda sekiranya tidak berjaya menyempurnakan semua kursus tersebut di atas.


2. Syarat kelayakan program penerapan

2.1 Syarat kelayakan untuk memohon program Penerapan Diploma ke Ijazah Sarjana Muda ialah seperti berikut:

a) Mendapat HPNG minimum 3.00 pada peperiksaan semester 3, dan
b) Tidak pernah gagal/​mengulang mana-mana kursus semester 1, 2 dan 3, dan
c) Tidak ada kursus pada semester 1, 2 dan 3 yang tertangguh, dan
d) Tidak pernah disabitkan tindakan tatertib
2.2 Pelawaan untuk memohon diberikan kepada pelajar diploma semester 03 berdasarkan keputusan semester 02 yang memenuhi syarat-syarat berikut:
a) Mendapat HPNG minimum 2.75 pada peperiksaan semester 2, dan
b) Tidak pernah gagal/​mengulang mana-mana kursus semester 1 dan 2, dan
c) Tidak ada kursus pada semester 1 dan 2 yang tertangguh, dan
d) Tidak pernah disabitkan tindakan tatertib

Walaubagaimanap​un,​ hanya permohonan calon yang akhirnya memenuhi Perkara 2.1 selepas keputusan peperiksaan rasmi semester 03 sahaja akan diproses.

2.3 Permohonan hendaklah dilakukan secara online melalui i-Student Portal.

2.4 Permohonan yang diterima oleh universiti adalah dikira muktamad dan tidak boleh diubah.

3. Akujanji
Semua pelajar yang mengambil keputusan untuk menerima tawaran penerapan dari Diploma semester 3 ke Ijazah Sarjana Muda dikehendaki menandatangani akujanji di bawah:
Saya mengaku bahawa:

a) Saya telah membaca dan memahami segala kelebihan yang ditawarkan menerusi program penerapan ini.
b) Saya faham akan implikasi penerimaan tawaran ini sekiranya saya kandas pengajian saya di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
c) Saya menerima tawaran ini atas pertimbangan, kerelaan dan kebijksanaan saya tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak.
d) Setelah menyertai program penerapan ke Ijazah Sarjana Muda, di pertengahan pengajian, saya tidak akan memohon untuk kembali semula mengikuti program diploma asal saya.
e) Saya dengan ini bersetuju untuk menerima tawaran ini berdasarkan terma dan syarat yang dinyatakan.


4. Pemilihan kampus dan program

Adalah dimaklumkan bahawa pemilihan program dan kampus adalah seperti yang tertera dalam seleksi sahaja dan pilihan adalah muktamad. Sebarang permohonan selain perkara tersebut tidak akan dilayan. Pertimbangan pemilihan adalah berdasarkan kekosongan program dan kampus berkenaan. Keutamaan kemudahan penginapan asrama tidak diberikan. Pelajar dikehendaki memahami penawaran ini hanya sah digunakan untuk sesi kemasukan ini sahaja. Sebarang rayuan adalah tidak dibenarkan.

4 go-sees:

Kee_riN said...

tertanya tanya..kos apa je ek yg boleh..????

ammar_rella said...

aku rase accountancy boleh..

computer science pun boleh, office management pun boleh.

asalkan course tu bukan course studio sepenuhnya. mcm course aku separuh studio

Kee_riN said...

owh, cam tu ek..hmmm k k..aku rase aku tak lepas tu... tak nak la ambik...

ammar_rella said...

ish buat lawak. kau la manusia yg plaing terlayak skali. merendah diri plak. hehe