Sunday, February 14, 2010

11th February..

11th February...

8am - 1pm

mcm hari2 khamis yg biasa, pg class material then g uptown mkn,
lepas tu g class etr. then balik bilik. nothing new...

1.30pm

sedang aku asyik main farm mania dlm laptop, aku dikejutkan dgn lompatan hebat
roommate ku yg melompat dari katil atas dan bergegas hendak kluar bagai sudah
setengah jam lambat nak ke kelas...


pak ang(roommate saya): Mar, nanti kau klua kunci pintu eh, budak kelas aku accident.

pak ang juga pelajar diploma in building mcm saya, tp kelas lain.

saya: la, yeke? siapa yg accident?

pak ang: zamir, ciput, izzati, mek dgn abby. kereta diorg terbalik.

saya: ya allah ya tuhanku, mcm mane..


belum sempat saya menghabiskan pertanyaan, pak ang terus berlari kluar dari bilik..
saya terkesima seketika..terukkah keadaan mereka? mcm2 la saya fikir tetapi saya ingat
hanya kemalangan ringan sahaja...

2.00pm

saya dan nua bergerak utk ke kelas enviro dan saya nampak syafiqah di dlm kelas dgn muka
yg risau..

Piqa: korg tau?

Saya: aku tau. mcm mane keadaan diorg?

Piqa: Teruk jugak la, tp aku tak tau details

kemudian saya nampak iman berjalan ke kelas, dan raut wajahnya menampakkan dia sgt2 risau..
lagi2 izzati merupakan bekas roommatenye..

iman: wey, aku risau ni..takde sape ada kereta ke?

piqa: tadi nad dah g hospital dgn effy ngan cik azira

iman: la ye ke, apsal tak ckp dulu, aku pun nak pg

mata iman sudah bergenang dgn air mata. saya tak dpt menahan emosi, lalu saya pun
mula menitiskan air mata..

rakan2 kami yg lain mula memenuhi kelas dan mereka bertanyakan soalan yg sama..
'teruk ke wey diorg?' 'sape yg drive?' 'mcm mane dirog leh accident?' dan mcm2 lagi..

en salehan masuk ke kelas dan sedang berbual dlm telefon, raut wajahnya menunjukkan 
dia sudah tahu tentang kejadian ini..

en salehan: saya baru dapat call, rakan2 kamu terlibat dlm kemalangan..dan saya rasa
serba salah sebab mereka pegi site visit utk subject saya, dan terjadi pula mcm ni.
tetapi apa2 pun, kita teruskan sahaja kelas dan kita akan habis awal hari ini.

kami menjawab beberapa soalan tentang lighting calculations...dan en salehan mendapat
call seterusnya..

en salehan: adawiyah dan nabilah dilaporkan kritikal setakat ini. dan mereka masih
tak sedarkan diri..

perasaan risau kami semakin memuncak dan iman tidak dpt menahan air matanye yg mengalir keluar
tak henti.

iman: piqa, boleh tak kita tumpang cik huda ke sape2?

en salehan: saya dan en zul akan ke hospital nanti utk melawat mereka.

aisya: ha, tumpang encik je la iman..

iman: encik, boleh tak ktorg tumpang encik pg hospital?

en salehan: boleh2. tp takleh ramai2 la. kereta tu kecik je.

aisya: 3 org je encik.

en salehan: ah, ok2.

iman: korg sanggup ke temankan aku? takut korg penat ke ape.

aisya: takpe, aku ok je. 

sesudah habis kelas enviro, kami keluar kelas dan berbincang di luar..

saya: iman, kau samapi hospital nanti jgn nangis2 byk tau.

iman: ok, cuma aku risaukan diorg..

saya: we hope for the best, kay bye iman.

saya, nua, lissa, aisya, syanim dan juga yaya ke kiosk utk photostate nota dan dimension
paper. kemudian saya dan nua balik ke bilik...

sesampai je di bilik, saya trus membuka laptop dan membuka folder gambar dinner dan family
day kami semasa part 2...teringat kembali nostalgia lama...dlm fikiran saya, mcm2 benda
berlenggu di situ...saya berharap agar semua selamat dan tiada ape2 kes kritikal..

4.40pm

phone saya berbunyi, ada msg dari aisya. saya membacanya...dan tersentak. saya bangun..
berjalan keliling bilik dan duduk semula.. 3 perkataan dalam msg itu tadi menyebabkan
saya menjadi sebak dan terpinga...

  "mek dah xde"

air mata saya mengalir keluar...saya tak percaya bahawa salah seorang rakan kami dah
tiada di bumi ni...dah diseru illahi..

saya ke bilik nua dan menyampaikan berita itu..nua hanya mampu terdiam...

kemudian saya menerima msg dari nad menyatakan ada majlis tahlil utk arwah di pusat
islam selepas maghrib..saya mula menyebarkannye ke setiap part dan kelas...

saya masih tak percaya...batch kami kekurangan seorg..a sister..



0 go-sees: