Pada kali ini saye nak bercerita tentang Practical Report Department of Building
hey, bukan kau dah habis practical ke? dah nak grad dah pun. buat ape la cite pasal practical report lagi??Ye....sesungguhnya saye dah habis diploma...tapi entry ni bukan untuk saye..tapi untuk juniors saye yang tengah practical skarang ni....sebab ape saye buat entry khas ni sebab saye dpt mcm2 soalan dan resahan seperti:
Abg ammar, report cmne ek? risau la...
*
aku takut ah ngan report, cmne nak buat?
*
senior, nak tanye ckit bleh? ape sbenarnye nak tulis utk report?
*
ok, not including the last one la kan...(haha..ha...heh). Ok, dont fret, in this entry I will explain yg semampu boleh la to all of youusss (kalau korg baca la kann)
Kenapa kena buat report??
Report ni kite kena buat as a kelayakan kite untuk pass practical training (and insyaallah utk 4 flatt).
Kenapa kena buat dengan terbaik??
Sebab report kite ni merangkap juga sebagai thesis kite, which is kajian kite sendiri. The reports will be binded hard cover and then akan diletakkan dlm library utk tatapan umum..(seterusnya diletakkan dalam bilik stor persatuan utk tatapan sawang labah-labah)
Bagaimana nak hasilkan report terbaik?
Report practical consist of many elements and chapters, they are:
PENGHARGAAN/ACKNOWLEDGEMENT
ABSTRAK/ABSTRACT
ISI KANDUNGAN/CONTENT
SENARAI RAJAH/LIST OF FIGURES
SENARAI SINGKAT KATA/LIST OF ABBREVIATIONS
SENARAI GAMBARFOTO/LIST OF PHOTOS
SENARAI JADUAL/LIST OF TABLES
*
BAB 1 (PENDAHULUAN)/CHAPTER 1 (INTRODUCTION)
BAB 2 (LATARBELAKANG SYARIKAT)/CHAPTER 2 (COMP. PROFILE)
BAB 3 (KAJIAN TEORITIKAL)/CHAPTER 3 (THEORETICAL REVIEWS)
BAB 4 (KAJIAN KES)/ CHAPTER 4 (CASE STUDY)
BAB 5 (KESIMPULAN)/ CHAPTER 5 (CONCLUSION)
SENARAI RUJUKAN/ REFERENCES
*
ok, so sebelum memulakan report, beberapa key elements yang perlu diambilkira dahulu which are:
- Bahasa pengantar
- Tajuk report
- Kehendak lecturer penyelia
Bahasa pengantar - choose sama ada dlm BM/English. yg mane yg korg lebih prefer and selesa. Sometimes lecturer penyelia akan request korg buat dlm bahasa yg dia nak for example bahasa latin ke, perancis ke, tamil ke. (mcm saye dulu Cik-soon to be Puan- Azira request kami buat dlm BM)
Tajuk report - ini memang masalah terbesar sebilangan budak2 practical...takleh nak start report sebab takde tajuk. dont worry kawan2, explore habis habisan site and office korg tu. jgn terlalu pressure dengan desakan lecturer yg nak tajuk report yg vavavoom gile2. tanye2 la ngan supervisor korg kt site and office, diorg akan segala hormatnye menolong korg utk dapatkan tajuk report yg sesuai and yang senang korg nak cari bahan. tp jgn lupe utk proceed tajuk tu ngan lecturer masing2 na.
Kehendak lecturer penyelia - kekadang, lecturer kite nak something yg lain drpd manual cara penulisan report practical yg kite dpt mase wacana akademik tu. so, consult je la ngan lecturer korg na.
ISI REPORT
Penghargaan - include la nama pensyarah penyelia, nama KP, nama koordinator latihan praktikal, nama penyelia tapak and whatsoever la. sesape saje la yg tolong korg secara langsung/tidak langsung
Abstrak - abstrak ni is somewhat a ringkasan of the practical report. cerita in brief tentang kandungan laporan practical korg tu. from A to Z. tp briefly je. cerita the flow of the report.
Senarai bagai - senarai-senarai tu smua is a register of rajah, gambarfoto, jadual yg korg masukkan dlm report korg tu.
Bab 1 - pengenalan kepada report practical korg. sub2 topicnye includes:
- 1.1 Pengenalan - cerita secara general tentang tajuk korg
- 1.2 Pemilihan tajuk kajian - cerita kenapa korg pilih tajuk ni
- 1.3 Objektif kajian - include not more than 3 SAHAJA (paling afdhal maximum 3 objektif)
- 1.4 Skop kajian - elemen2 yang korg nak cerita dlm report ni (berpandukan objektif)
- 1.5 Kaedah Kajian - sumber primer(temuramah/pemerhatian/data2 progress report/etc.), sumber sekunder (buku/majalah/internet/jurnal/etc.)
Bab 2 - latar belakang syarikat korg. sub2 topic:
- 2.1 Pengenalan - brief description tentang skop kerja dan lokasi syarikat
- 2.2 Sejarah penubuhan syarikat - cerita pasal susur galur syarikat tu
- 2.3 Objektif syarikat - kalau takde, reka je
- 2.4 Carta organisasi syarikat - carta syarikat tau, bukan tapak
- 2.5 Senarai projek yang telah siap
- 2.6 Senarai projek dalam pembinaan
mane nak dpt smua ni?: company profile syarikat korg. kalau takde, tanye je la staff2 kt ctu.
Bab 3 - Kajian teoritikal ni adalah satu bab yang penting and byk org kena re-do. teoritikal ni kite masukkan maklumat2 based on sumber sekunder (buku/majalah/jurnal/internet). key elements yang penting:
- Rujuk objektif dalam bab 1 - means, segala maklumat yg kite nak letak dlm teoritikal ni MUST reflect on your objectives. Contoh: objektif anda is - Mengenalpasti cara-cara pembuatan tender. so, dlm teoritikal ni, korg include segala general information tentang tender (contoooh). ingat, teoritikal ni kite include maklumat secara general tentang tajuk report kite. MUST BASED ON OBJECTIVES. jgn main suke2 je letak ape benda pun yg tak relevant
- Susunan/flow yang kemas - pastikan korg susun sub topic korg tu dgn kemas, preferably based on the flow of the objectives also.
- CITATION - PALINGGGG penting dlm bab 3. kalau takde citation, korg akan dilabel PLAGIATT. and juga, pastikan citation and senarai rujukan adalah sama, tak kurang tak lebih.
contoh citation: Menurut Robert (2008)......
Mengikut Kamus Dewan (1987).....
.....adalah teknologi yang tercanggih untuk pembinaan (Harris, 2011).
Bab 4 - bab kajian korg sendiri. as usual, kandungan korg dlm bab 4 ni MESTI menjawab objektif dalam bab 1 and teoritikal dalam bab 3. mcm dlm bab 3, its generally about the tajuk, in bab 4, dia dah go lebih detail. Bab 4 ni kite gune sumber primer (temubual/pemerhatian/drawings/etc) untuk kite lengkapkan.
Bab 5 - kesimpulan...(dah nak habis dah!). kesimpulan ni korg simpulkanlah satu report ni. include la harapan, cadangan and whatsoever yg korg rase appropriate utk diletakkan dlm bab ni....
Senarai rujukan - pastikan in APA format (apa itu APA? rujuk lecturer penyelia)
Lastly, beberapa general reminder:
- SELALU contact lecturer penyelia. tanye ape2 yg patut utk clarify korg punye persoalan tentang mcm mane nak buat report. tp korg jgn la plak contact setiap sejam. at least in a week, contact la. sebab lecturer korg pun nak tau gak progress korg cmne.
- HANTAR progress report on time mengikut jadual yg dikeluarkan oleh koordinator praktikal (En Azim kan?). sebab, setiap penghantaran ada markahnye...
- JANGANlah korg copy paste sebijik sebijik from internet...sebab, lecturer bleh detect ok. nanti tak pasal2 dilabel plagiat.
- SAVE soft copy report korg ni in more than 1 disk. as a back up. jgn jd cm aku.... save smua dlm external...last2 external hancus, takleh nak bukak dah..kena type balik...mampu?
- JANGAN malas2 na.... buat report tu kay. jgn buat last minute. nanti keje ke mane, report ke mane.
ok la..rasenye tu je kot pasal report. harap2 korg faham la dengan penerangan saye ni...kalau tak tau nak bayangkan report practical rupe cmne, korg bleh g kt side bar kanan ni -----------------------> tekan kt PRACTICAL REPORT. kalau ada ape2 soalan, jgn segan nak tanye ye...
xoxo
0 go-sees:
Post a Comment